Thursday, October 29, 2009

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan



Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri


Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung



Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Tuesday, October 27, 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat

seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada

ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:

"Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu

itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku

sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf

lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku

mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman

pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan

istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata

begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut

menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat

jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata

kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga

untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat

itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki

sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada

sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu

terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah

dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di

hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa

dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal.

Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan

corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat

daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan

makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia

untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan

aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih

manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku

yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah

tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum

mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah

Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga

Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para

syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama

al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu! "

Tidak

lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan

permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas

permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak

ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi

sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan

mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:

"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda

menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang

indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda

berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu

serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka.

Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa

hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas

berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku

menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat

bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari

lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat.

Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut

panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku

selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas

bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama

lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku

menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti

Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah

kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di

Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku

berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada

seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta

suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi

anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal

hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda.

Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk

bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak

lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua

puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang,

ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku

dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa.

Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka

berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh

aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku

terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di

masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang

ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh

tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu

sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan

merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah

aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap.

Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab

panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah

mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma

memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika

penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung

itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi

rajiun...

***********

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah

az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah.

Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah

s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah.

Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Saturday, October 24, 2009

Perasmian yg xrasmi

Salam Perasmian Blogku .....
akhirnya tepat jam 2.00am(jam di destopku)/24 Oktober 2009, tercapai jugak hajat dari hati kecil ini utk memiliki blog. Setelah ramai sahabat yg bertanya 'ada blog x?'....'xda? nape xbuat?bley dakwah scr maya tau'....dan pelbagai lg persoklan2 mngenai blog...bkn diri ini mahu mengasingkan diri dari dunia teknologi tapi ana sgt takut...ana takut xkuat dengan itu....apakah itu?
Ana suka baca blog sahabat2 ana...alhamdulillah mmg mantap2 shbat2 ana ini bile b'blogging... tapi bile ana baca komen dari pelawat2 rasmi blog mereka ana jadi takut... mampu ke ana? kebanyakkn dri komen2 banyak yg memuji xkurang juga menkritik tapi ana sangat takut kalu suatu hari nti da yg memberi komen bbtk pujian pada posting ana, ana takut ana bangga diri di saat itu...Ya Allah... aku sgt xlayak lgsg untuk memiliki perasaan yang hanya mampu dimiliki oleh Pencipta Yang Maha Esa. Ana takut ana xkuat utk melawan perasaan itu... Ana sgt kagum kpd bloggers yg mampu melawan perasaan bangga diri bile postg mereka banyak dipuji...tp mampukah ana?
pesoalan2 itu lah yg m'batut ana untuk bikin blog sendiri...
namun di pesekitaran ana sekarang yg byk mendesak, ana rasa perlu untuk bikin blog sendiri sbg satu medan dakwah dan juga pengisian untuk diri ana yg kurang ilmu ini.
akhir kata dari posting pertama ana ini, selamat berkongsi ilmu dan pendapat...
-Ya Allah ampuni dosaku, ingatkanku bile terlalai mengingatiMu Ya Allah-