Thursday, August 5, 2010

Tak Akan Pernah Berubah

Jika hari ini kamu dilahirkan didunia ini,
ia tetap sama tak berubah,
Jika hari ini ibumu meleret tersenyum melihatmu mula berjalan,
dan bapa berbunga riang taktala kamu bisa memanggil ayah...
ia tetap sama tak berubah,
Jika hari ini kamu tertawa riang bersama teman sekolah,
kamu menangis apabila terjatuh,
ia tetap sama tak berubah
Jika hari ini kamu bergelar mahasiswa,
tersenyum bangga ibu ayahmu,
serta berbunga riang taktala berkenalan dengan teman baru...
ia tetap sama tak berubah,
Jika hari kamu rasa terbeban dengan assignment yang melambak,
hati runsing dengan teman-teman sekeliling yang seperti tidak memahami dirimu,
jiwa kacau dengan komitment yang begitu banyak,
ia tetap sama tak berubah
Jika hari ini hatimu berasa sayu dengan perpisahan bersama teman perjuangan,
air matamu menitis kerana rindukan suasana itu,
ia tetap sama tak berubah,
Jika hari ini kamu bergelar seoranng engineer, doktor, perdana menteri, petani berjaya atau apa sekalipun kuasa yang kamu ada,
ia tetap sama tak berubah,
dan jika hari ini tiba masamu untuk pergi dari dunia ini,
diiringin tangisan dari orang-orang tersayang,
serta bersama-sama amalanmu yang entah berapa nilainya,
ia tetap tak berubah,
dan tak akan pernah berubah...
walau bagaimanapun saat yang kamu lalui,
walau siapa pun kamu,
ia setia menjadi saksi,
dan sangat patuh pada titah Tuhannya yang Esa.
walau apa pun yang kamu rasa hari ini,
ia tetap tak akan berubah..
Langit itu tetap berwarna biru...
seperti yang dititahkan oleh Tuhannya.
Jadi sepertimana langit itu tetap berwarna biru...
walau apa pun masalah yang kamu hadapi,
walau betapa hebatnya tekanan yang kamu rasai,
Percayalah, Allah tetap ada disisimu...
Maha Pencipta yang Hebat yang amat setia mendengar luahan hambaNya.
Jadi sahabat, jangan pernah kamu berasa kecewa dengan takdirmu,
jangan pernah kamu berputus asa denganNya.
kerna...
Allah sudah sedia mengetahui permintaanmu
walau kamu belum sempat memberitahuNya dalam doamu yang kudus.
begitulah hebatnya Tuhan kita.

Saturday, July 31, 2010

sod...ba...rho....

Saat hati mula resah dengan kehidupan,
Saat hati mula meragui padaNya,
Saat hati mula kecewa pada takdirNya,
Rasa ini bisa mematikan akal yang sudah ditarbiyyah...
Juga bisa menggoyahkan iman...
Maka kembalilah pada Penciptamu,
Sujud dan berdoalah padaNya,
Jangan kau bongkak untuk meminta padaNya,
Kerna dari padaNya datang segala nikmat dan ujian,
Yakinlah pada segala perancanganNya.
Dan pada saat ini kau harus mengenal makna TAKWA dan IKHLAS.

Friday, July 30, 2010

Dan apabila sampai saat itu.....

setiap detik, masa terus berlalu...
ia pergi jauh makin jauh dan tidak berpatah kembali...
setiap detik yang telah di sia-siakan...
setiap detik yang dimanfaatkan...
semuanya akan dihitung...
dibawa bersama di saat anda pergi...
pergi yang tidak akan kembali...

Thursday, June 10, 2010

ISLAM BOLEH!!!

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari


Wednesday, June 9, 2010

Rindu

air mata ini mengalir lagi,
aku sangat-sangat rindukan mereka Ya Allah,
mereka yang mengajar erti kasih sayang,
mereka yang mengajar aku erti rindu,
mereka yang mengajar erti pengorbanan,
mereka yang mengajar erti perjuangan,
mereka yang mengejar erti sebenar kehidupan ini,
untuk apa tujuan hidup ini,
dan mereka yang mengajar mengenal pada satu erti,
yang sangat aku dambakan suatu ketika dulu,
yang selalu aku adukan pada mu Ya Allah,
taktala aku kecewa dengan mereka yang dahulu,
Ya Allah, dan sekarang Kau kabulkan permintaanku,
untuk mempunyai mereka yang bergelar sahabat, ya sahabat,
bahkan bukan seorang yang Kau berikan ,
Kau berikan aku suatu keluarga,
yang kasih sayang antara kami membawa cinta padaMu,
betapa Maha Pemurah & Maha Penyayang Ya Allah,
Ya Allah, aku menangis lagi dalam diam ini,
menangis kerna aku sangat rindukan mereka,
sangat-sangat rindu,
pada keluarga ketenangan itu,
Ya Allah, Kau lindungilah mereka yang aku rindui itu,
Kau rahmatilah mereka yang aku sayangi itu,
kerna mereka amat-amat berjasa padaku,
mereka yang berhati mulia,
yang banyak mengajarku mengenal erti dalam hidup ini.


Wednesday, May 26, 2010

Kembara seorang rakyat biasa

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha berkuasa.
Maka ingatlah wahai orang yang telah diberi kuasa di atas dunia ini. Berlaku adilah kamu semua. Sesungguhnya balasan Allah terhadap mereka yang kejam terhadap orang yang di bawah kekuasaan mereka itu amat keras.

Di suatu rumah pasangan suami isteri yang sudah tua dan tidak berkemampuan untuk berkerja. Si suami menghidap penyakit buah pinggang;

"Kami tak dapat bantuan apa-apa nak. Dari dulu lagi tak pernah dapat bantuan. Anak-anak kami ni pun tiada rumah untuk tinggal. Dah dibuat pemohonan tapi tak dapat. Pembahagian bantuan ni pilih kasih. Kami yang terpinggir susah dan tidak menyokong mereka tak dapat apa-apalah."

Sudahlah tinggal di penempatan rakyat termiskin, tapi bantuan yang sepatutnya dapat entah masuk ke perut siapa. Waallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bekalan air pun terpaksa di ambil dari air bukit. Mereka membuat paip sendiri yang manyalurkan air dari bukit ke rumah mereka.



Di suatu kampung bersebelahan di sebuah rumah mak cik yang sudah tua;

"Mak cik xkisah nak kalau selama ni bantuan yang sepatutnya mak cik terima tapi xdapat. Kalau bukan disini balasannya, tunggulah di akhirat nanti. Orang lain yang lebih berkemampuan dapat tapi mak cik xpernah dapat. Penghulu kampung ni pilih kasih. Siapa yang baik dengan dia dapatlah bantuan. Nak buat mcm mana nak, dah mak cik ni memamng menyokong mereka yang benar."

Mak cik tersebut tinggal bersama suami yang sakit, dan 3 orang cucu yang masih kecil serta seorang anak yang sakit akibat kemalangan(sudah 3 bulan lebih tidak mampu untuk buat apa-apa kerja).

Kami difahamkan, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri diberikan kepada penghulu kampung untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang tidak berkemampuan dan layak menerima bantuan. Maka sepatutnya, pemilihan tersebut bukan atas sebab sokongan kepada mana-mana parti (ini negara DEMOKRASI, mereka berhak manyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja), bukan juga sebab atas pilih bulu (ok, kau baik dengan aku, aku beri bantuan, kau tak sokong aku, aku tak beri bantuan)

Saya bertanyakan kepada penduduk kampung, dimanakah rumuh penghulu mereka dan terus ke sana. Menakjubkan, rumah penghulu mereka paling besar dan paling indah berbanding dengan rumah-rumah yang lain. Dan rumah mak cik tadi hanya berdekatan dengan rumah pengulu kampung. Di jalan yang sama. Tapi pelik, penghulu kampung ni tak menyedari ke kesusahan mak cik ni. Anak mak cik yang kemalangan ni pun tidak ada siapa yang jenguk.

Ini kisah benar. Dan saya sendiri yang mengalami dan mendengar keluhan mereka. Selain dari 2 kes di atas, sebenarnya banyak lagi keluhan-keluhan dari mereka yang tertindas. Di atas dunia ini, mereka boleh buat apa-apa sahaja dengan kuasa yang mereka ada. Tapi ingatlah di akhirat nanti... Balasan Allah kepada mereka yang berlaku zalim amat keras. Amat keras!

Wednesday, April 7, 2010

TAHNIAH...kite bakal melahirkan mahasiswa lesu...rakyat akan terus kecewa~

Pelajar IPT dilarang sertai kempen
(Utusan Malaysia, 7 April 2010)
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 6 April - Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan agar tidak terlibat dan menyertai kempen yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ingatan yang diberikan itu selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar IPT menyertai kempen politik dalam pilihan raya.

"Pelajar IPT tidak seharusnya berada di situ (berkempen di Hulu Selangor) kecuali mereka yang balik untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen berkenaan.

"Sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti sedemikian, ia secara terang-terangan melanggar akta yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jangka Panjang Inovasi dan Kreativiti Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2010-2019 di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dijadualkan berlangsung pada 25 April ini berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memberitahu pihaknya akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada penglibatan pelajar IPT dalam sebarang aktiviti kempen pilihan raya.

"Kita akan buat pemantauan, AUKU tidak benarkan mereka terlibat dalam kegiatan politik.

"Malah, kita juga ingatkan parti politik supaya tidak menggunakan pelajar IPT untuk menjalankan kerja kempen mereka menarik sokongan pengundi di kawasan itu," ujarnya.



Tertarik sungguh saya membaca akhbar Utusan Malaysia hari ni. Teringat saya pada Mensyuarat Agung pertama PERKASA, presiden PERKASA telah memuji Utusan Malaysia sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”(Malaysiakini,27 Mac 2010). Huh, saya hanya mampu tersenyum dgn pujian dri presiden PERKASA itu. Benarkan, anda sendiri boleh menentukan. Jadi tidak hairanlah kenapa mahasiswa kita semakin lesu hari ini. Berapa kerat mahasiswa kita yg cakna mengenai isu kemasyaratan? Berape kerat mahasiswa kita yg bangun lantang memperjuangkan hak rakyat? Kenapa mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dgn kegiatan politik nagara? bukankah ini negara mereka. Mahasiswa hari ini yg akan menjadi pemimpin negara kita. Jadi atas dasar apa, atas kepentingan apa mahasiswa kita dilarang terlibat dengan politik negara.? kenapa? bimbang pelajaran mereka merosot? bimbang kebangkitan mahasiswa? Benarkah begitu?

Dimana mahasiswa kita yg boleh lantang bersuara mengenai ekonomi negara. Dimana mahasiswa kita yg boleh membela nasib rakyat yg tertindas? Mana mahasiswa kita di kala rakyat kita kehilangan penempatan hasil tangan-tangan rakus yg merampas tanah rakyat kita. Adakah mahasiswa kita tahu? cakna? Ya, hari ni mahasiswa kita boleh memberi alasan kepada rakyat tercinta "Maaf, pak cik & mak cik sekalian. Kami xboleh masuk campur. Ini hal politik. Nanti kami kena AUKU. Jadi sebab tu la kami xbole amek tahu. Maaf kami xbole buat apa-apa. AUKU pak cik, mak cik." Tahniah mahasiswa. Anda telah berjaya mengecewakan harapan rakyat. Tahniah kepada mereka yg terus menerus menutup kotak pemikiran mahasiswa. TAHNIAH!!!

Ada di atas meludah yang di bawah
Ada yang berkuasa membunuh yang tak berdaya
Ada yang kaya memerah keringat yang miskin
Ada yang kufur memerintah yang beriman
Mana suara mahasiswa waktu ini
Aku ingin bertanya
Mahasiswa membisu atas dasar apa?
Aku mahu bertanya
Mahasiswa berdiri atas dasar apa?
Aku harus bertanya
Mahasiwa belajar atas dasar apa?
Mengapa siamang yang menjadi hakim?

Di bawah bumbung fasaliti pendidikan ini
Mahasiswa wajar bertanya
Kita dididik untuk berdiri
Di pihak yang mana?
Ilmu yang diajarkan disini
Sesungguhnya adalah suara pembebasan
Yang akan menyokong sebuah sosio kehidupan
Mahasiswa bukan mengejar kekayaan
Mahasiswa bukan bermatlamat kebendaan
Mahasiswa bukan bercita-cita untuk menindas
Rakyat menuntut jawapan

Di bawah payung pendidikan di sini
Kita dididik untuk memihak pada siapa?

~Amni Jagat~

Wednesday, March 10, 2010

Kawan Bernama Sahabat



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Kita selalu bercita-cita inginkan sahabat yg memahami diri kita. Namun sebelum kita berfikir-fikir mencari siapakan sahabat yg mempunyai ciri-ciri di atas, pernahkah kita berfikir, adakah kita sudah mempunyai ciri-ciri di atas utk melayakkan diri kita bergelar sahabat sejati???...


Thursday, March 4, 2010

~Warkah buat hati~


wahai hati,
bersabarlah kamu,
jangan lemah hanya sebab kata-kata manusia,
jangan lemah hanya sebab pandangan manusia,
jangan lemah hanya sebab kritikan-kritikan manusia.

wahai hati,
kuatlah kamu,
dengan menanggung segala ujian dari Yang Maha Mengetahui,
dengan menahan segala macam fitnah dan tomahan manusia,
dengan mendepani segala bentuk cabaran hidup pejuang.

wahai hati,
bertenanglah kamu,
jangan bersedih dengan ujian ini,
jangan resah dengan derita itu,
jangan kecewa dengan ketentuan yg sudah tercipta untukmu.

wahai hati,
virus mudah menjangkitimu,
virus sekarang semakin canggih dan licik,
tapi kenapa perisaimu tidak dinaikkan taraf,
senjatamu juga sudah usang dan lapuk.

wahai hati,
jagalah kebersihanmu,
jangan kau kendong lagi sampah-sampah itu,
sampah-sampah yang memualkan dan berbau busuk itu,
berserta habuk dan debu-debu hitam yang menggelapkan pandangan.

wahai hati,
tenangkan dirimu dengan zikrullah,
sinarkan dirimu dengan ilmu,
amankan dirimu dengan fikiran positif,
kuatkan dirimu dengan takwa.

-pemegang amanah untuk menjaga hati bersaiz: normal; jenis: mudah terasa; berat bersih: ilmu yg xseberapa.

Wednesday, February 24, 2010

Aku seorang yg MANJA???




Dakwah bukan untuk pemikul yang manja


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.



-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.


-Yang cepat mengalah,




-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.



-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air=cond dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.



-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.



-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda,

orang yang sering beralasan ini,

dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.

Ummah akan tetap terpelihara.



Cuma tanpa pencerahan,

Tanpa tarbiyyah,

Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.



Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Dakwah tak memerlukan anda.

Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


~dikirim oleh seorang sahabat senegeri...syukran atas peringatan walau tdk pernah bertemu. Moga Allah merahmati kalian yg sentiasa mmberi peringatan.

Wednesday, February 17, 2010

Diri Ini Sentisa Belajar

Dalam dunia ini sebenarnya banyak perkara yg berlaku di sekeliling kita adalah satu peringatan. Banyak perkara yg berlaku terkadang kita tidak menyedari sebenarnya Tuhan ingin menunjukkan dan mengajar kita sesuatu. Ya benar, pengajaran bukan hanya di dalam kelas atau bilik kuliah. Tapi hidup ini juga kampus kehidupan yg mana pengajarannya berlaku di mana2 sahaja dan bila2 masa sahaja yg jadualnya sudah disusun oleh Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.


Hari ini aku mengerti satu pengajaran yg cukup bermakna. Memandu sendirian tanpa teman(ayahku @ adik2ku) di satu kota yg sibuk dan byk sekali kenderaannya. Dengan perut yg kelaparan dan dlm kotak fikiranku hanya mahu pulang ke rumah. Namun disini kita mengenal masyarakat kita dengan akhlak dan kelakuan mereka di jalanan. Adakah masyarakat kita ini prihatin, toleransi, bertimbang rasa atau masyakarat kita ini tidak sabar, pemarah, ego, sombong? Di jalan yang sibuk, jika kita memberi signal untuk masuk ke laluan, adakah kereta di belakang memberikan anda laluan untuk masuk atau sekadar buat tidak peduli dengan signal anda dan setelah beberapa lama anda masih lg gagal untuk msk ke laluan itu krn tiada kereta yg memberi peluang.

Aku bukannya seorang yg pakar di jalanan dan cuma seorang pemandu yang baru belajar mengenal bagaimana pemandu-pemandu kereta di jalanan. Sebelum ini hanya tahu merempit dengan motor dan biasanya tidak terjejas dengan kesibukan kota krn skill mencelah-celah di antara kenderaan yg dikurniakan Tuhan kpdKu. Tapi jgn risau, aku tdk menggunakan anugerah Allah ini dgn perkara yg tidak berfaedah. Akalku msh waras.
Dan kini aku sebagai pemandu kereta yg ternyata fokus dlm pemanduaan amat2 sekali penting.

Dan hari ini juga aku telah ditengking oleh seorang pemandu kenderaan yg lain. Ya aku terima sebab mungkin itu salahku. Tapi tidak bolehkan bercakap dengan elok. Tidak cukup dengan hon yg berpanjangan yg dihadiahkan kpd ku, sambil membuka tingkap hitamnya dan terus menengkingku yg t'pingga2...oh pak cik, bukanku mahu langgar kereta baru mu itu....oh tidak sama sekali. tapi mungkin dek krn kerisauan kereta barunya terlanggar atau tercalar, aku ditegur dgn cara tengkingan yg menggerunkan...oh..aku tidak marah tapi aku sedih. pak cik itu ahli masyarakatku, sebangsaku dan seagamaku. Tapi kenapa sikapnya begitu. Dan banyak lagi sebenarnya ragam2 pemandu yg menyebabkan hatiku ini sedih...sedih sekali...ya ini masyarakatku...ini akhlak mereka.. maka tidak mustahil mengapa peningkatan kemalangan maut yg semakin bertambah walaupun pelbagai kempen dan usaha giat dilakukan...


Tidak dapat aku bayangkan bagaimana bentuk masyarakat kita di masa hadapan. Yg sekarang ini kita lihat dgn jelas bagaimana ramai masyarakat kita di luar itu yg sudah hilang identiti mereka, hilang kesopanan adat masyakarat timur, lupa pada asal usul diri mereka yang dan yg lebih memilukan, lupa pada pencipta mereka Yang Maha Agung. Hari ini aku banyak belajar erti sabar, toleransi dan bertimbang rasa teruatamya bila berhadapan dgn masyarakatku. Alhamdulillah satu peringatan dan pengajaran yg ckp bermakna walau dengan hanya memandu. Ya diri ini akan sentiasa belajar dan belajar dan belajar. Kita tidak akan pernah habis belajar kerana ilmu Allah ini sangat banyak...sangat banyak... Maka ayuh marilah belajar...belajar erti hidup....


Friday, January 1, 2010

Saat ini kita masih lagi bernyawa.....

“Sampai bila nak jadi camni? Sakit berpanjangan…xda tenaga..xda harapan lagi..”…keluhan berat dari insan tersayang. Saban kali keluhan itu dilontarkan padaku… Apa yang aku harus jawab Ya Allah. Insan ini sudah tiada semangat untuk meneruskan hidup ini. Jawapan apa yang terbaik untuk aku berikan padanya untuk kembali bersemangat melawan ujianMu ini. Aku mengerti ujianMu ini tapi bagaimana untuk aku terangkan padanya? Aku teringat kisah Nabi Allah, Nabi Ayub a.s yang telah Allah berikan ujian ditimpa penyakit kronis pada jangka waktu yang cukup lama. Tidak sampai disitu sahaja ujian yang Allah berikan kepada Nabi Ayub, Allah swt mengujinya juga dengan anaknya, keluarganya dan hartanya. Namun kesabaran Nabi Ayub as dengan setiap ujian yang Allah berikan padanya sangat bisa dikatakan berada pada puncaknya.

Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Setelah menderita penyakit kronis dengan cukup lama, Nabi Ayub as berdoa pada Rabbnya: “(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dari Engkau adalah Yang Maha Penyayang dari semua penyayang.”

Betapa kuatnya Nabi Allah ini. Betapa tingginya pergantungannya pada Allah swt. Tidak pernah mengeluh bahkan makin menambahkan lagi ketakwaannya pada Tuhan Yang Maha Kuasa. Usah bersedih dengan ujian yang Allah sudah takdirkan pada kita. Bukan kah ujian itu satu anugerah bagi mereka yang berfikir?

Memang sudah ditakdirkan oleh Allah swt semua makluk ciptaanNya akan meninggalkan dunia pentas kehidupan ini. Tidak kira, betapa berkuasa ke insan itu, betapa besar ke jawatannya di dunia, betapa banyak ke hartanya, semuanya akan ditakdirkan oleh Allah swt untuk meninggalkan dunia yang sepatutnya menjadi tempat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan pelayaran akhirat kelak. Kita semua akan menghadapi saat sakaratulmaut yang sangat dasyat, kita semua akan keseorangan di dalam kubur yang gelap gelita dengan hanya kain putih yang menyelimuti tubuh.

Saat kita masih lagi bernyawa ini, hanya cerita dan gambaran yang dapat kita dengar mengenai alam bazark. Tetapi bersediakah kita untuk menghadapinya sendiri? Di saat malaikat maut datang menjemput, apakah amalan kita sudah mencukupi untuk diperhitungkan. Adakah di saat itu kita sudah bertaubat dari segala dosa yang kita lakukan di bumi Allah ini.? Ya Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa. Saat ini kami masih lagi bernyawa untuk melakukan suruhanMu. Untuk taat segala perintahMu. Ya Allah tempatkanlah kami di golongan yang Engkau redhai di dunia dan akhirat.

~Hidup & mati karya takdir~