Wednesday, April 7, 2010

TAHNIAH...kite bakal melahirkan mahasiswa lesu...rakyat akan terus kecewa~

Pelajar IPT dilarang sertai kempen
(Utusan Malaysia, 7 April 2010)
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 6 April - Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan agar tidak terlibat dan menyertai kempen yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ingatan yang diberikan itu selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar IPT menyertai kempen politik dalam pilihan raya.

"Pelajar IPT tidak seharusnya berada di situ (berkempen di Hulu Selangor) kecuali mereka yang balik untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen berkenaan.

"Sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti sedemikian, ia secara terang-terangan melanggar akta yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jangka Panjang Inovasi dan Kreativiti Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2010-2019 di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dijadualkan berlangsung pada 25 April ini berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memberitahu pihaknya akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada penglibatan pelajar IPT dalam sebarang aktiviti kempen pilihan raya.

"Kita akan buat pemantauan, AUKU tidak benarkan mereka terlibat dalam kegiatan politik.

"Malah, kita juga ingatkan parti politik supaya tidak menggunakan pelajar IPT untuk menjalankan kerja kempen mereka menarik sokongan pengundi di kawasan itu," ujarnya.



Tertarik sungguh saya membaca akhbar Utusan Malaysia hari ni. Teringat saya pada Mensyuarat Agung pertama PERKASA, presiden PERKASA telah memuji Utusan Malaysia sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”(Malaysiakini,27 Mac 2010). Huh, saya hanya mampu tersenyum dgn pujian dri presiden PERKASA itu. Benarkan, anda sendiri boleh menentukan. Jadi tidak hairanlah kenapa mahasiswa kita semakin lesu hari ini. Berapa kerat mahasiswa kita yg cakna mengenai isu kemasyaratan? Berape kerat mahasiswa kita yg bangun lantang memperjuangkan hak rakyat? Kenapa mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dgn kegiatan politik nagara? bukankah ini negara mereka. Mahasiswa hari ini yg akan menjadi pemimpin negara kita. Jadi atas dasar apa, atas kepentingan apa mahasiswa kita dilarang terlibat dengan politik negara.? kenapa? bimbang pelajaran mereka merosot? bimbang kebangkitan mahasiswa? Benarkah begitu?

Dimana mahasiswa kita yg boleh lantang bersuara mengenai ekonomi negara. Dimana mahasiswa kita yg boleh membela nasib rakyat yg tertindas? Mana mahasiswa kita di kala rakyat kita kehilangan penempatan hasil tangan-tangan rakus yg merampas tanah rakyat kita. Adakah mahasiswa kita tahu? cakna? Ya, hari ni mahasiswa kita boleh memberi alasan kepada rakyat tercinta "Maaf, pak cik & mak cik sekalian. Kami xboleh masuk campur. Ini hal politik. Nanti kami kena AUKU. Jadi sebab tu la kami xbole amek tahu. Maaf kami xbole buat apa-apa. AUKU pak cik, mak cik." Tahniah mahasiswa. Anda telah berjaya mengecewakan harapan rakyat. Tahniah kepada mereka yg terus menerus menutup kotak pemikiran mahasiswa. TAHNIAH!!!

Ada di atas meludah yang di bawah
Ada yang berkuasa membunuh yang tak berdaya
Ada yang kaya memerah keringat yang miskin
Ada yang kufur memerintah yang beriman
Mana suara mahasiswa waktu ini
Aku ingin bertanya
Mahasiswa membisu atas dasar apa?
Aku mahu bertanya
Mahasiswa berdiri atas dasar apa?
Aku harus bertanya
Mahasiwa belajar atas dasar apa?
Mengapa siamang yang menjadi hakim?

Di bawah bumbung fasaliti pendidikan ini
Mahasiswa wajar bertanya
Kita dididik untuk berdiri
Di pihak yang mana?
Ilmu yang diajarkan disini
Sesungguhnya adalah suara pembebasan
Yang akan menyokong sebuah sosio kehidupan
Mahasiswa bukan mengejar kekayaan
Mahasiswa bukan bermatlamat kebendaan
Mahasiswa bukan bercita-cita untuk menindas
Rakyat menuntut jawapan

Di bawah payung pendidikan di sini
Kita dididik untuk memihak pada siapa?

~Amni Jagat~