Wednesday, May 26, 2010

Kembara seorang rakyat biasa

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha berkuasa.
Maka ingatlah wahai orang yang telah diberi kuasa di atas dunia ini. Berlaku adilah kamu semua. Sesungguhnya balasan Allah terhadap mereka yang kejam terhadap orang yang di bawah kekuasaan mereka itu amat keras.

Di suatu rumah pasangan suami isteri yang sudah tua dan tidak berkemampuan untuk berkerja. Si suami menghidap penyakit buah pinggang;

"Kami tak dapat bantuan apa-apa nak. Dari dulu lagi tak pernah dapat bantuan. Anak-anak kami ni pun tiada rumah untuk tinggal. Dah dibuat pemohonan tapi tak dapat. Pembahagian bantuan ni pilih kasih. Kami yang terpinggir susah dan tidak menyokong mereka tak dapat apa-apalah."

Sudahlah tinggal di penempatan rakyat termiskin, tapi bantuan yang sepatutnya dapat entah masuk ke perut siapa. Waallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bekalan air pun terpaksa di ambil dari air bukit. Mereka membuat paip sendiri yang manyalurkan air dari bukit ke rumah mereka.



Di suatu kampung bersebelahan di sebuah rumah mak cik yang sudah tua;

"Mak cik xkisah nak kalau selama ni bantuan yang sepatutnya mak cik terima tapi xdapat. Kalau bukan disini balasannya, tunggulah di akhirat nanti. Orang lain yang lebih berkemampuan dapat tapi mak cik xpernah dapat. Penghulu kampung ni pilih kasih. Siapa yang baik dengan dia dapatlah bantuan. Nak buat mcm mana nak, dah mak cik ni memamng menyokong mereka yang benar."

Mak cik tersebut tinggal bersama suami yang sakit, dan 3 orang cucu yang masih kecil serta seorang anak yang sakit akibat kemalangan(sudah 3 bulan lebih tidak mampu untuk buat apa-apa kerja).

Kami difahamkan, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri diberikan kepada penghulu kampung untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang tidak berkemampuan dan layak menerima bantuan. Maka sepatutnya, pemilihan tersebut bukan atas sebab sokongan kepada mana-mana parti (ini negara DEMOKRASI, mereka berhak manyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja), bukan juga sebab atas pilih bulu (ok, kau baik dengan aku, aku beri bantuan, kau tak sokong aku, aku tak beri bantuan)

Saya bertanyakan kepada penduduk kampung, dimanakah rumuh penghulu mereka dan terus ke sana. Menakjubkan, rumah penghulu mereka paling besar dan paling indah berbanding dengan rumah-rumah yang lain. Dan rumah mak cik tadi hanya berdekatan dengan rumah pengulu kampung. Di jalan yang sama. Tapi pelik, penghulu kampung ni tak menyedari ke kesusahan mak cik ni. Anak mak cik yang kemalangan ni pun tidak ada siapa yang jenguk.

Ini kisah benar. Dan saya sendiri yang mengalami dan mendengar keluhan mereka. Selain dari 2 kes di atas, sebenarnya banyak lagi keluhan-keluhan dari mereka yang tertindas. Di atas dunia ini, mereka boleh buat apa-apa sahaja dengan kuasa yang mereka ada. Tapi ingatlah di akhirat nanti... Balasan Allah kepada mereka yang berlaku zalim amat keras. Amat keras!