Saturday, July 31, 2010

sod...ba...rho....

Saat hati mula resah dengan kehidupan,
Saat hati mula meragui padaNya,
Saat hati mula kecewa pada takdirNya,
Rasa ini bisa mematikan akal yang sudah ditarbiyyah...
Juga bisa menggoyahkan iman...
Maka kembalilah pada Penciptamu,
Sujud dan berdoalah padaNya,
Jangan kau bongkak untuk meminta padaNya,
Kerna dari padaNya datang segala nikmat dan ujian,
Yakinlah pada segala perancanganNya.
Dan pada saat ini kau harus mengenal makna TAKWA dan IKHLAS.

Friday, July 30, 2010

Dan apabila sampai saat itu.....

setiap detik, masa terus berlalu...
ia pergi jauh makin jauh dan tidak berpatah kembali...
setiap detik yang telah di sia-siakan...
setiap detik yang dimanfaatkan...
semuanya akan dihitung...
dibawa bersama di saat anda pergi...
pergi yang tidak akan kembali...

Thursday, June 10, 2010

ISLAM BOLEH!!!

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari


Wednesday, June 9, 2010

Rindu

air mata ini mengalir lagi,
aku sangat-sangat rindukan mereka Ya Allah,
mereka yang mengajar erti kasih sayang,
mereka yang mengajar aku erti rindu,
mereka yang mengajar erti pengorbanan,
mereka yang mengajar erti perjuangan,
mereka yang mengejar erti sebenar kehidupan ini,
untuk apa tujuan hidup ini,
dan mereka yang mengajar mengenal pada satu erti,
yang sangat aku dambakan suatu ketika dulu,
yang selalu aku adukan pada mu Ya Allah,
taktala aku kecewa dengan mereka yang dahulu,
Ya Allah, dan sekarang Kau kabulkan permintaanku,
untuk mempunyai mereka yang bergelar sahabat, ya sahabat,
bahkan bukan seorang yang Kau berikan ,
Kau berikan aku suatu keluarga,
yang kasih sayang antara kami membawa cinta padaMu,
betapa Maha Pemurah & Maha Penyayang Ya Allah,
Ya Allah, aku menangis lagi dalam diam ini,
menangis kerna aku sangat rindukan mereka,
sangat-sangat rindu,
pada keluarga ketenangan itu,
Ya Allah, Kau lindungilah mereka yang aku rindui itu,
Kau rahmatilah mereka yang aku sayangi itu,
kerna mereka amat-amat berjasa padaku,
mereka yang berhati mulia,
yang banyak mengajarku mengenal erti dalam hidup ini.


Wednesday, May 26, 2010

Kembara seorang rakyat biasa

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha berkuasa.
Maka ingatlah wahai orang yang telah diberi kuasa di atas dunia ini. Berlaku adilah kamu semua. Sesungguhnya balasan Allah terhadap mereka yang kejam terhadap orang yang di bawah kekuasaan mereka itu amat keras.

Di suatu rumah pasangan suami isteri yang sudah tua dan tidak berkemampuan untuk berkerja. Si suami menghidap penyakit buah pinggang;

"Kami tak dapat bantuan apa-apa nak. Dari dulu lagi tak pernah dapat bantuan. Anak-anak kami ni pun tiada rumah untuk tinggal. Dah dibuat pemohonan tapi tak dapat. Pembahagian bantuan ni pilih kasih. Kami yang terpinggir susah dan tidak menyokong mereka tak dapat apa-apalah."

Sudahlah tinggal di penempatan rakyat termiskin, tapi bantuan yang sepatutnya dapat entah masuk ke perut siapa. Waallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bekalan air pun terpaksa di ambil dari air bukit. Mereka membuat paip sendiri yang manyalurkan air dari bukit ke rumah mereka.



Di suatu kampung bersebelahan di sebuah rumah mak cik yang sudah tua;

"Mak cik xkisah nak kalau selama ni bantuan yang sepatutnya mak cik terima tapi xdapat. Kalau bukan disini balasannya, tunggulah di akhirat nanti. Orang lain yang lebih berkemampuan dapat tapi mak cik xpernah dapat. Penghulu kampung ni pilih kasih. Siapa yang baik dengan dia dapatlah bantuan. Nak buat mcm mana nak, dah mak cik ni memamng menyokong mereka yang benar."

Mak cik tersebut tinggal bersama suami yang sakit, dan 3 orang cucu yang masih kecil serta seorang anak yang sakit akibat kemalangan(sudah 3 bulan lebih tidak mampu untuk buat apa-apa kerja).

Kami difahamkan, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri diberikan kepada penghulu kampung untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang tidak berkemampuan dan layak menerima bantuan. Maka sepatutnya, pemilihan tersebut bukan atas sebab sokongan kepada mana-mana parti (ini negara DEMOKRASI, mereka berhak manyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja), bukan juga sebab atas pilih bulu (ok, kau baik dengan aku, aku beri bantuan, kau tak sokong aku, aku tak beri bantuan)

Saya bertanyakan kepada penduduk kampung, dimanakah rumuh penghulu mereka dan terus ke sana. Menakjubkan, rumah penghulu mereka paling besar dan paling indah berbanding dengan rumah-rumah yang lain. Dan rumah mak cik tadi hanya berdekatan dengan rumah pengulu kampung. Di jalan yang sama. Tapi pelik, penghulu kampung ni tak menyedari ke kesusahan mak cik ni. Anak mak cik yang kemalangan ni pun tidak ada siapa yang jenguk.

Ini kisah benar. Dan saya sendiri yang mengalami dan mendengar keluhan mereka. Selain dari 2 kes di atas, sebenarnya banyak lagi keluhan-keluhan dari mereka yang tertindas. Di atas dunia ini, mereka boleh buat apa-apa sahaja dengan kuasa yang mereka ada. Tapi ingatlah di akhirat nanti... Balasan Allah kepada mereka yang berlaku zalim amat keras. Amat keras!